16 Julai 2015 - Khamis masih bekerja.
Bertolak ke Kelantan dari Putrajaya lebih kurang 5.45 pm. Trafik nampaknya tak padat.
Berbuka puasa di hadapan Masjid Bentong dengan sedikit sandwich, makanan wajib kalau travel balik ke KB. Alhamdulillah berjaya juga menghabiskan puasa ramadan tahun ini
Selepas berbuka meneruskan perjalanan sehingga ke Masjid Raub. Makan nasi lauk daging kicap. Wah selera betul lauk simple dan tengah lapar.
Kami teruskan perjalanan dan alhamdullillah, tarfik masih ok walaupun kereta banyak.
Nazmi masih gagah memandu.
Mentang-mentang tak jem jalan pun santai saje. Berhenti di kedai makan sekitar Machang kalau tak silap. Dalam pukul 1.00 pagi. Makan mi goreng dan kue teow goreng. Tak lah berapa sedap.
Kami teruskan perjalanan dan sampai di KB pukul 3.00 pagi. Tadi sangkut di Wakaf Che Yeh - jem giler
No comments:
Post a Comment