Monday, June 8, 2015

Trivia Dalam Perkhidmatan Awam

Tahukah anda -

1. Siapa pihak berkuasa tatatertib bagi pegawai awam di Malaysia?

   Jawapan:

  Suruhanjaya Perkhidmatan (ditubuh di bawah Perlembagaan Persekutuan)

2. Berapa Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan yang ada di Malaysia?

 Jawapan:

   (a) Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan;
   (b) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam;
   (c) Suruhanjaya Pasukan Polis;
   (d) Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran;
   (e) Majlis Angkatan Tentera.

3.  Jadi adakah Suruhanjaya seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan lain-lain bukan Suruhanjaya Perkhidmatan?

Jawapan:

Ya, mereka bukan Suruhanjaya Perkhidmatan tetapi merupakan agensi Kerajaan atau sebuah badan berkanun. Contohnya, SPRM agensi Kerajaan manakala SPAD sebuah badan berkanun.



 


No comments:

Post a Comment